Fatwa Ahli Sunnah Wa Al Jamaah
Fatwa Pegangan & Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Selangor)
1. Ahli Sunnah Wal Jamaah merujuk kepada orang Islam yang berpegang dengan fahaman dan amalan agama yang benar dan diwarisi daripada Rasulullah SAW dan para sahabat RA melalui para ulama muktabar daripada generasi salaf dan khalaf sehingga ke hari ini.
2. Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan jalan keselamatan dan perpaduan umat Islam yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam berpegang dengannya ketika berlaku fitnah perpecahan umat.
3. Peranan para ulama dan umara:
- (a) Pembangunan institusi pendidikan, pentadbiran Islam dan institusi kehakiman;
- (b) Pelaksanaan jihad, amar makruf dan nahi mungkar;
- (c) Perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang ilmu Islam termasuk akidah, fiqah, tasawuf, tafsir, hadis, ulum al-Quran dan bahasa Arab.
4. Mereka juga menyumbang kepada pemeliharaan fahaman dan amalan ini dari zaman dahulu sehingga kini.
5. Amalan ini telah diamalkan oleh para sultan, ulama, qadi dan rakyat sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
6. Di Selangor, ia menjadi syiar agama yang diamalkan oleh Sultan dan ulama.
7. Tafsiran dari sudut:
- (a) Akidah: Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari, Imam al-Maturidi
- (b) Fiqah: Mazhab Shafi'i, Hanafi, Maliki, Hanbali
- (c) Tasawuf: Imam Junaid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali
8. Mana-mana orang Islam dilarang mengamalkan dan menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bertarikh: 28 Mei 2025
[MAIS/BUU/600-6/1/53; P.U. Sel (ADV) PS.05/4/12]
Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
Fatwa Pegangan & Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sabah)
1. Ahli Sunnah wa al-Jama’ah merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam yang berpegang dengan ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Qur’an dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama’ Islam muktabar. Umat Islam hendaklah berpegang dalam hal berkaitan dengan:
- (a) Aqidah dan Tauhid: Imam Abu Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.
- (b) Fiqh dan Syariah: Mazhab Syafi’i serta meraikan mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan pandangan imam-imam muktabar lain.
- (c) Tasawwuf: Manhaj sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
2. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan yang mengamalkan, mempercayai, berpegang atau berkeyakinan selain daripada perkara di atas adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa.
SS. Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar
Mufti Kerajaan Negeri Sabah
Pengerusi Majlis Fatwa Negeri Sabah